Ikuti Kami:

“Tak Faham Penulis Ni..” – ‘Our Blues’ Dikritik Papar Plot Provokatif Antara Pelajar Sekolah

“Tak Faham Penulis Ni..” – ‘Our Blues’ Dikritik Papar Plot Provokatif Antara Pelajar Sekolah

Meskipun meraih rating yang tinggi tetapi “Our Blues” tak dapat lari daripada kritikan penonton.

Dalam episod terbaru ini, penonton dibawa menelusuri hubungan mendalam di antara Dong-seok (Lee Byung-hun) dan Seon-ah (Shin Min-ah). Semasa remaja, kedua mereka saling bergantung antara satu sama lain kerana keduanya lahir di dalam keluarga yang bermasalah.

Meskipun rapat namun Seon-ah meninggalkan Jeju tanpa meleraikan salah faham bersama lelaki itu. Ianya berpunca apabila Dong-seok yang merupakan seorang pelajar sekolah menengah terlihat rakan lelakinya membetulkan seluar selepas keluar dari sebuah belukar dan diikuti oleh Seon-ah yang memakai butang bajunya. Disebabkan oleh situasi ini, Dong-seok menebak bahawa kedua mereka telah melakukan hubungan intim lantas mengeruhkan perasaan sayangnya.

tvn our blues

Selepas kembali berjumpa sebagai dewasa, Seon-ah mengakui bahawa dia tidak ‘bersama’ dengan rakan Dong-seok seperti yang disangka. Katanya, dia melakukan perkara itu dengan harapan ayahnya akan memberi perhatian padanya selain mengakui tidak mahu meminta bantuan seperti itu daripada Dong-seok kerana mencintainya.

Walau bagaimanapun, penonton meluahkan rasa kurang faham mengenai babak. Tambahan pula, Seon-ah merupakan pelajar sekolah menengah rendah dan Dong-seok ialah pelajar sekolah menengah, maka plot provokatif itu sepertinya tidak sesuai dikaitkan dengan remaja bawah umur.

tvn our blues

Kata mereka,

Budak sekolah menengah rendah mana yang minta dimusnahkan dengan hubungan intim.

 

Saya tak faham proses emosi Seon-ah..

 

Tak faham apa yang penulis cuba sampaikan dengan babak ini.

Sebelum ini, “Our Blues” turut dikritik kerana menyelitkan kisah hamil anak luar nikah di antara pelajar sekolah menengah.

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...