Ikuti Kami:

Pertama Kali Berlakon, Kenali Roh Yoonseo Yang Jadi Perhatian Dalam ‘Our Blues’

Pertama Kali Berlakon, Kenali Roh Yoonseo Yang Jadi Perhatian Dalam ‘Our Blues’

Bukan sahaja dipenuhi oleh pelakon hebat, namun “Our Blues” turut mengetengahkan bakat baru.

Kalau anda menonton, pastinya anda tertanya-tanya siapakah gadis yang membawa watak Bang Yeong-ju memandangkan wajah yang kurang dikenali peminat K-Drama.

Sebenarnya watak itu dilakonkan oleh pelakon baru bernama Roh Yoon-seo di mana “Our Blues” ialah naskhah pertamanya dalam bidang lakonan. Wow!

roh yoonseo our blues

Meskipun baru berkecimpung dalam dunia K-Drama, namun gadis berusia 22 tahun ini membuktikan bakatnya yang hebat apabila mampu membawa watak pelajar sekolah yang sedang mengandung. Walaupun merupakan pelajar No 1 di sekolah, tetapi Bang Yeong-ju mempunyai persoanliti ‘bebas’ dan tidak sabar mahu keluar daripada Jeju untuk menjalani kehidupan bandar di Seoul.

Memulakan karier seni sebagai model, Roh Yoon-seo nampaknya mempunyai ‘darah seni’ yang kuat kerana mempunyai kemahiran menakjubkan dalam bidang lukisan. Bahkan, gadis bawah naungan MAA Entertainment ini sering berkongsi lukisannya di laman Instagram khas untuk seninya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yoon suh (@rys_art__)

Selain itu, Roh Yoon-seo sebenarnya menerima tawaran lakonan pertama untuk siri Netflix “20th Century Girl” bersama Kim Yoo-jung dan Byun Woo-seok namun ianya masih belum ditayangakan. Oleh sebab itu, “Our Blues” dikira sebagai buah tangan pertamanya buat peminat yang lama menanti.

Bukan sahaja lakonan yang mantap, wajah unik Roh Yoon-seo dengan ekor bibir ke atas dan gigi arnab yang comel ternyata membuatkan ramai hati yang cair. Comel!

Kata penonton:

Cantik, lakonannya juga baik.

 

Tak sabar nak saksikannya dalam naskhah lain.

 

Wajahnya sangat cerah!

 

Cantik sangat!

 

Dia memang berwajah pelakon.

 

Dia seperti arnab, cantik betul.

roh yoonseo our blues

Lakonan Roh Yoon-seo memang menusuk jiwa kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...