Ikuti Kami:

Penonton Teruja Shin Minah & Kim Woobin Muncul Bersama Dalam Satu Babak ‘Our Blues’

Penonton Teruja Shin Minah & Kim Woobin Muncul Bersama Dalam Satu Babak ‘Our Blues’

Ramai tak yang sedang menonton drama “Our Blues” kini?

Antara faktor utama yang membuatkan penonton teruja mahu menontonnya ialah kerana pasangan kekasih sebenar iaitu Kim Woo-bin dan Shin Min-ah merupakan antara teraju utamanya.

Walaupun berpasangan dengan pelakon lain di dalam drama omnibus itu, namun penonton menyimpan harapan bahawa mereka akan bersama-sama muncul dalam satu babak sekiranya diberi peluang.

kim woobin shin minah our blues Nampaknya permintaan ramai itu direalisasikan dalam episod ke-6 “Our Blues” yang baru ditayangkan kelmarin. Kedua mereka akhirnya disatukan dalam dua babak berasingan. Satu di mana Min Seon-ah (Shin Min-ah) datang ke kedai Lee Young-ok (Han Ji-min) untuk minum dan Lee Jung-joon (Kim Woo-bin) turut berada di situ untuk membatu kekasihnya.

Lagi sekali ialah apabila kapten bot itu memandang Min Seon-ah yang melayah perasaan di pinggiran pantai.

Meskipun kedua mereka tidak berinteraksi secara terus, namun ia sudah memadai buat peminat yang menantikan watak mereka bertemu di dalam “Our Blues” sejak dari awal tayangan lagi.

Harap lah dorang sembang ke lepas ni kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...