Seronok tak selepas menonton dua episod awal “Our Blues”?
Drama ini membawa kisah kehidupan manis dan pahit pelbagai penduduk di sebuah kejiranan di Jeju.
Bukan hanya mendapat perhatian kerana ditulis oleh penulis hebat Noh Hee-kyung namun ianya turut meniti di bibir peminat K-Drama kerana menampilkan pelakon kelas A seperti Lee Byung-hun, Shin Min-ah, Cha Seung-won, Lee Jung-eun, Uhm Jung-hwa, Han Ji-min, Kim Woo-bin dan ramai lagi.
Menurut Nielsen Korea, episod pertama “Our Blues” mencapai rating sebanyak 7.3% sebelum melonjak naik ke 8.7% semasa tayangan episod kedua. Peningkatan yang banyak ini membuktikan bahawa drama berkenaan berjaya mencuri hati ramai penonton kini.
Antara komen ramai selepas siarannya,
Drama ini sangat menenangkan dan menarik.
Memang sesuai dengan gaya penulis Noh Hee-kyung,
Kisah kehidupan manusia diceritakan dengan menyeronokkan.
Ianya lebih menarik daripada yang dijangka.
Mak saya seronok menonton, dan saya juga. Best sebab dapat menonton sekali dengan mak saya.
Memang parti lakonan.
Apa pula komen anda?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.