“Lega Dia Sihat” – Drama Pertama Lepas 6 Tahun, Penampilan Kim Woobin Dalam ‘Our Blues’ Jadi Bualan
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Umum mengetahui bahawa Kim Woo-bin merupakan bekas penghidap kanser dan mengambil masa beberapa tahun untuk melawannya.
Malah sudah 6 tahun lelaki itu berehat daripada dunia lakonan di mana naskhah terakhir ialah “Uncontrollably Fond” pada 2016. Pun begitu, dia perlahan-lahan membuat kemunculan dalam iklan dan program realiti seperti “Unexpected Business 2” sejak kebelakangan ini.

Terbaru, Kim Woo-bin menyapa peminat sebagai kapten kapal bernama Park Jung-joon di dalam siri omnibus “Our Blues”. Rata-rata peminat K-Drama meluahkan rasa teruja bagi menonton lelaki itu kembali dalam dunia lakonan.
Dalam episod pertama ini, wataknya dilihat banyak berinteraksi bersama Kim Eun-hee (Lee Jung-eun) dan Lee Young-ok (Han Ji-min).

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa lega apabila melihat Kim Woo-bin tampil sihat.
Seronok dapat melihat kembali ketampanan Kim Woo-bin yang tiada perubahan selepas 6 tahun ini. Saya sangat menantikan ‘Our Blues’. Semoga berjaya!
Lega dapat Kim Woo-bin kembali dengan sihat! Lakonannya best!
Sudah sekian lama baru dapat melihat kembali lakonan Kim Woo-bin.
Rasa seperti filem sebab ada Kim Woo-bin. Cool betul!
Ahh berbunga-bunga tengok Kim Woo-bin.
Semoga Kim Woo-bin terus kekal sihat!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




