Ikuti Kami:

“Tak Faham Kenapa Orang Puji” – Lakonan Rowoon & Cho Yihyun Dalam ‘The Matchmakers’ Dikritik

“Tak Faham Kenapa Orang Puji” – Lakonan Rowoon & Cho Yihyun Dalam ‘The Matchmakers’ Dikritik

Selepas “Destined With You” tamat, Rowoon dengan pantas kembali menemui penonton menerusi drama barunya “The Matchmakers”.

Untuk pengetahuan, Rowoon dan Cho Yi-hyun akan terajui “The Matchmakers”, membawa kisah tentang seorang lelaki dan wanita yang berjumpa dan bersaing di dalam pertarungan perkahwinan.

Selepas 2 episod ditayangkan, drama itu berjaya meraih rating baik iaitu sebanyak 4.5% pada episod pertama namun turun ke 3.6% untuk episod kedua.

Menerusi laman komuniti dalam talian, ada yang memberi pendapat bahawa plot drama itu menyeronokkan namun ada juga yang mengkritik lakonan kedua pelakon utama tersebut.

kbs the matchmakers

Antara komen yang ditulis,

Lakonan kedua-dua mereka bukanlah untuk saya..

 

Mereka tiada keserasian dan lakonan mereka juga teruk.

 

Saya tonton semalam dan Cho Yi-hyun langsung tidak sesuai dengan wataknya kerana dia kelihatan seperti bayi cuba memegang senjata.

 

Mereka mempunyai visual yang hebat tapi watak ini nampaknya tidak sesuai untuk mereka..

 

Saya tak faham kenapa masih ada orang yang puji lakonan Rowoon.

Hmm, apa pendapat korang yang dah tonton drama ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...