Ikuti Kami:

“Saya Nak Lebih Serius..” – Tinggalkan Kehidupan Idola, Peminat Kecewa Dengar Alasan Rowoon

“Saya Nak Lebih Serius..” – Tinggalkan Kehidupan Idola, Peminat Kecewa Dengar Alasan Rowoon

Pasti bukan mudah kan untuk Rowoon membuat keputusan meninggalkan kumpulan SF9..

Terbaru, Rowoon telah menghadiri acara sidang media untuk drama barunya yang akan ditayangkan berjudul “The Matchmakers”.

Ketika sesi sidang media, pelakon lelaki itu turut ditanya sebab dia memilih untuk menarik diri dari kumpulannya SF9 pada September lalu. Jelas Rowoon,

Saya berumur 27 tahun kini dan saya mahu berlakon untuk masa yang lama. Tidak kira sama ada saya berjaya atau tidak, saya mempunyai keinginan untuk diiktiraf. Bukankah ia perkara biasa mempunyai keinginan untuk dikenali? Saya cuba mencabar diri sendiri dan bekerja dengan lebih keras dalam perkara yang saya tak yakin.

rowoon sf9

Sambungnya lagi dengan menjelaskan sebabnya,

Saya mahu menjadi lebih serius tentang tugas saya sebagai pelakon sekarang. Saya pasti sesetengah orang akan kecewa tapi ia adalah sesuatu yang telah saya putuskan. Saya fikir ia akan menjadi batu loncatan yang baik untuk pertumbuhan saya jadi, saya membuat pilihan yang sukar ini.

Menerusi komuniti dalam talian, beberapa peminat telah meluahkan rasa kecewa mereka selepas mendengar alasan Rowoon. Antara komen yang ditulis,

Kalau dia betul-betul serius tentang berlakon, pasti peminat tidak begitu kecewa.

 

Saya tidak tahu cerita di sebalik ini tetapi jika dia ingin berlakon pada akhirnya, kenapa dia memperbaharui kontrak?

 

Walaupun dia tidak menyatakannya, rasanya dia hanya bekerja sebagai idola untuk menjadi pelakon.

 

Adakah ianya bermakna dia tidak serius menjadi seorang idola?

Hmm apa-apa pun, selamat maju jaya Rowoon!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...