Ikuti Kami:

“Tak Educated Langsung” – 5 Selebriti Korea Ini Dikecam Sokong Israel

“Tak Educated Langsung” – 5 Selebriti Korea Ini Dikecam Sokong Israel

Kini, isu mengenai kekejaman Israel yang menyerang rakyat Palestin sedang hangat diperkatakan seluruh dunia.

Umum mengetahui bahawa rakyat Palestin sudah sekian lama menentang pendatang itu yang sudah berabad cuba mengambil tanah mereka. Walaupun Israel memikul senjata canggih namun doa dan bantuan penyokong seluruh dunia membantu menguatkan lagi penduduk negara itu supaya terus kuat berdiri.

Pun begitu, sepertinya ada sesetengah selebriti yang kurang arif mengenai peperangan ini dan bertindak menyokong Israel dan seolah-oleh menyokong kekejaman ke atas rakyat Palestin.

choi siwon

Antara selebriti Korea yang dikritik ramai kerana memaparkan sokongan terbuka buat ‘kerajaan pendatang’ itu ialah Eric Nam, Choi Si-won dan ramai lagi. Bagi Eric Nam, dia dilihat meninggalkan tanda suka buat entri di Instagram yang menyokong Israel manakalan ahli Super Junior itu pula secara terbuka menghabiskan masa dengan pemimpin negara itu satu ketika dahulu.

Dalam pada itu, bekas ahli FT Island iaitu Song Seung-hyun turut memuat naik entri di Instagram bagi menyokong Israel namun memadamnya tak lama kemudian mungkin kerana kecaman ramai.

song seunghun

Bukan itu sahaja, Suji iaitu bekas ahli The Ark yang baru sahaja berkahwin baru-baru ini turut memuat naik Instagram Story dengan keratan akhbar mengenai serangan Israel dan meminta agar negara itu terus selamat dari kekejaman.

suji the ark

Antara selebriti lain yang turut disebut ialah Junhoe iKON di mana dia beberapa kali pernah meluahkan rasa suka dan menyatakan keinginan sebelum ini untuk menziarah Israel.

Apabila hal ini dibongkarkan di Twitter, rata-rata peminat selebriti ini terus meluahkan kekecewaan mereka dan memutuskan untuk memboikot mereka tanpa belas kasihan kerana berada di pihak yang zalim.

Hmm… menyesal minat..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...