Ikuti Kami:

“Tak Dihormati Meskipun Dah Tiada” – Tayangan Dokumentari Sulli Cetus Perbalahan Rakan & Keluarga

“Tak Dihormati Meskipun Dah Tiada” – Tayangan Dokumentari Sulli Cetus Perbalahan Rakan & Keluarga

Selepas tayangan dokumentari khas mengenai kehidupan Sulli, nampaknya pelbagai kontroversi yang terpalit sehingga menimbulkan perbalahan di antara ramai orang terdekat dengan mendiang seperti ahli keluarga, bekas teman lelaki dan rakan rapatnya.

Meskipun cuba menonjolkan kehidupan Sulli sebelum dia menghembuskan nafasnya terakhir, produser dokumentari ini menerima kritikan ramai kerana sepertinya menyalahkan bekas teman lelaki gadis itu iaitu Choiza atas tindakan drastiknya. Bahkan ibu Sulli yang tampil memberi keterangan sepertinya turut meletakkan kesalahan itu kepada lelaki tersebut.

Kononnya Sulli mula berubah dan hilang arah selepas mengenali penyanyi rap itu malah wanita tua itu mengatakan bahawa dia menentang perhubungan tersebut kerana jarak usia mereka sejauh 14 tahun itu. Dek kerana itu, laman media sosial Choiza diserang oleh kata-kata nista netizen yang menuduhnya sebagai penyebab kepada kematian Sulli.

ibu sulli bantah hubungan dengan choiza

Bengang dengan tuduhan melulu tersebut, rakan baik Choiza yang juga merupakan ahli kumpulan Dynamic Duo, Gaeko turut memuat naik entri di Instagram yang mengkritik produser dokumentari itu dan mengatakan bahawa dia akan ‘marah’ sekiranya tujuan naskhah itu dihasilkan hanyalah untuk meraih rating tinggi.

Disebabkan oleh perhatian ramai, produser dokumentari itu sendiri telah tampil dan menjelaskan bahawa bukan tujuannya untuk meletakkan salah tersebut di atas Choiza. Malah dia menyatakan bahawa ibu Sulli berterima kasih kepada lelaki itu kerana berada di sisi anaknya selama 4 tahun lamanya namun khabarnya bahagian itu dipotong dek kesuntukan masa tayangan.

Netizen turut meluahkan rasa kecewa apabila ibu Sulli sendiri mendedahkan bahawa hubungan dia dan anaknya itu mula menjauh selepas gadis itu membuat keputusan untuk menguruskan sendiri pendapatan yang dimilikinya dan tidak mahu lagi ianya disentuh oleh wanita itu.

Selepas daripada itu, seorang rakan rapat Sulli turut meluahkan perasaan di Instagram mengenai perangai sebenar ibu gadis itu yang berhabis wang pendapatan anaknya sehingga tiada simpanan langsung tanpa rasa bersalah pun. Malah dikhabarkan bahawa wanita tua itu turut pernah meminta wang pendahuluan daripada agensi naungan Sulli. Oleh sebab itu, selebriti tersebut membuat keputusan untuk menguruskan wangnya sendiri dan menyebabkan hubungan mereka menjadi asing.

abang sulli

Tak berhenti di situ, abang Sulli pula ‘mengamuk’ di laman media sosial miliknya dan menyalahkan rakan-rakan selebriti itu kerana membiarkan dia hidup di jalan yang salah. Pun begitu, selepas meluahkan kata-kata marahnya, lelaki tersebut kemudiannya memuat naik satu entri lain memohon maaf atas ketelanjuran katanya dan mengakui bahawa dia dan keluarganya sudah lama tidak berhubung dengan adik perempuannya itu sebelum dia pergi.

Disebabkan oleh pelbagai perbalahan yang berbangkit daripada dokumentari ini, ramai yang melahirkan rasa kasihan dengan Sulli yang langsung tidak dapat bertenang meskipun sudah tiada lagi di dunia ini.

Sesungguhnya tiada siapa yang tahu apa yang bermain di fikiran Sulli melainkan dirinya sendiri.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...