Menerusi sebuah dokumentari MBC bertajuk “Why Were You Uncomfortable With Sulli?, salah seorang yang ditemubual ialah ibu kepada Sulli sendiri dan dia meluahkan pelbagai cerita yang mungkin tidak diketahui ramai. Salah satu daripadanya ialah mengenai pendedahan hubungan cinta anak perempuannya itu bersama penyanyi rap terkenal, Choiza (kumpulan Dynamic Duo).
Pada tahun 2015, SM Entertainment mengesahkan bahawa Sulli mempunyai hubungan bersama Choiza meskipun jarak umur sebanyak 14 tahun. Walaupun sering menerima kecaman netizen, pasangan itu berjaya meneruskan hubungan tersebut selama 2 tahun 7 bulan.
Seluruh keluarga kami bahagia sahaja sebelum berita hubungan Sulli didedahkan. Walaupun selepas melihat gambar mereka berdua, saya tak percayakannya. Saya ingatkan ia hanya digembar-gemburkan oleh artikel dan media. Apabila saya menghubungi terus Sulli untuk menanyakan hal tersebut, dia mengakuinya.
Disebabkan oleh perbezaan umur yang ketara, ibu Sulli menjelaskan bahawa dia tidak merestui perhubungan tersebut.
Tiba-tiba mempunyai teman lelaki yang 14 tahun lebih tua bermaksud awak perlu memanjat tangga perhubungan dengan sekaligus banyaknya tanpa mengambil kira langkah di tengahnya. Semuanya berubah, cara awak bermain, budaya minum dan bentuk perbualan.
Malahan ibu Sulli mendedahkan bahawa anaknya kecewa dengan penolakannya mengenai hubungan itu dan meluahkan perasannya,
‘Saya rasa saya sudah cukup bekerja keras sehingga kini untuk memiliki duit ini, jadi tolong fahaminya.’
Bermula daripada bayaran yang diterima daripada agensi seterusnya, Sulli mahukan pendapatanya mula diberikan terus kepadanya dan dia perlukan saya menulis kesemua perbelajaan saya secara jelas untuk menuntut bayaran. Disebabkan saya juga mempunyai personaliti yang tegas, kami selesaikannya ketika itu juga. Selepas itu, kami jarang berbual dan terus tidak berjumpa antara satu sama lain.
Menurut penjelasan wartawan akhbar, hubungan Sulli dan Choiza menyebabkan peningkatan penerimaan komen berbaur jahat. Malah Tiffany (Girls’ Generation) juga menjelaskan bahawa kisah hubungan pasangan itu yang tiba-tiba ‘meletup’ membuatkan semuanya menjadi sukar.
Ke mana-mana pun anda pergi, komen atas talian akan ditulis dan gambar akan dimuat naik. Sejujurnya, mereka hanya bersuka ria ketika janji temu yang normal, namun apabila ia tiba-tiba menjadi sebutan ramai, saya merasakan ia menjadi sukar. Sulli hanya berusia 20 tahun pada ketika itu tetapi kesemua komen yang ditulis membuatkan dia merasa bahawa semua sedang bercakap mengenainya, jadi awak akan mula rasa bersalah.
[Amaran: Perbincangan mengenai cubaan bunuh diri]
Jelas ibu Sulli lagi, pada tahun 2016, dia telah menerima panggilan daripada agensi mengenai insiden Sulli yang mencederakan dirinya sendiri.
Disebabkan dia berada di wad kecemasan, sudah pasti akan ada artikel yang ditulis mengenainya. Jadi mereka menghubungi saya supaya tidak terkejut, mereka katakan bahawa semuanya terkawal. Saya memberitahu bahawa saya mahu ke hospital untuk melihatnya namun mereka memaklumkan bahawa artikel yang dikeluarkan menyatakan bahawa Sulli tercedera selepas jatuh di dalam tandas dan ianya tidak dapat diselindung sekiranya saya melawatnya. Disebabkan saya tidak boleh ke hospital, seminggu saya menangis di rumah.
Insiden ini dikhabarkan berlaku apabila Sulli dan Choiza memutuskan hubungan selepas hampir 3 tahun bersama. Jelas ibunya lagi,
Ini mungkin adalah usaha yang terakhir buatnya. Saya merasakan bahawa semuanya kelihatan tidak pasti kepadanya. Lelaki yang dicintai pergi meninggalkannya dan ibunya juga tiada di sisi. Mesti sukar baginya untuk melalui semua ini. Saya juga merasakan bahawa tiada siapa yang mampu bercakap secara jujur kepadanya.
Selepas dokumentari ini ditayangkan, ramai netizen yang nampaknya telah menyerang Choiza di laman media sosialnya.
Sulli baru berusia 19 tahun semasa Choiza mula menjalinkan hubungan dengannya. Dia masih muda untuk mengetahuinya dan dia pula berusia 30 tahun. Dia sepatutnya lebih mengetahui supaya tidak menghebahkan hal tersebut ke seluruh dunia. Dia sepatutnya sedar supaya tidak menulis lagu berunsur seksual mengenainya. Yang pasti, dia rosakkan hidupnya. Adakah dia benar-benar bukan merupakan antara punca kepada kematian Sulli? Sejak bila Sulli menerima kata-kata cacian? Berhenti mempertahankannya. Dia mungkin tidak patut dibenci, tapi dia layak dikritik. Dan dia sepatutnya sedar supaya tidak muncul di TV. Sedar diri dan sila tahu malu.
Walaubagaimanapun, segelintir netizen menyampuk dan menjelaskan bahawa nampaknya tiada siapa belajar daripada kesilapan meninggalkan komen jahat.
Tidak kisah berapa ramai artis Korea yang kalah dengan komen jahat, kita masih lagi tidak belajar dan berubah. Kalian ingat dengan tinggalkan komen buruk seperti ini kepadanya adalah perkara yang patut dilakukan? Adakah kita layak untuk letakkan salah kepada orang lain? Kita sendiri yang patut dikritik. Jadi tolong berhenti semuanya.
Sepatutnya kematian Sulli dan beberapa artis lain dapat membuka mata semua orang bahawa komen jahat mampu merosakkan hidup orang lain.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.