Ikuti Kami:

Tak Dibenarkan Berlakon, Park Seojoon Dedah Pernah Hidup Susah Bersama Keluarga

Tak Dibenarkan Berlakon, Park Seojoon Dedah Pernah Hidup Susah Bersama Keluarga

Siapa sangka bahawa Park Seo-joon yang ceria dan sering menghiasi kaca TV sebenarnya datang dari keluarga yang susah.

Pada 12 Disember, satu video yang berjudul “Our Family Member Seo-joon is Coming” telah dikeluarkan di akaun YouTube “Game Caterers”.

Di mana ketika ditanya mengenai kampungnya, Park Seo-joon telah mendedahkan bahawa dia tidak tahu kampungnya di mana serta menceritakan serba sedikit mengenai kehidupannya sebelum bergelar pelakon.

Pelakon itu berkata,

Sejujurnya, sejak saya kecil lagi kami sering berpindah rumah. Ianya kerana kehidupan keluarga saya dulu agak susah dan kami kerap berpindah sebab kontrak rumah hanya bertahan untuk 2 tahun. Jadi saya tak tahu nak panggil mana satu tempat sebagai kampung saya.

seojoon napd

Tambahnya,

Malah, masa sekolah dulu saya seorang yang pemalu tapi saya mula minat berlakon selepas saya buat persembahan lakonan untuk kelab sekolah.

Adunya lagi,

Saya juga sering ikut rakan-rakan saya pergi kelas lakonan dan ibu saya daftar saya masuk kelas tersebut tanpa pengetahuan ayah saya sebab ayah saya tak benarkan saya berlakon. Jadi saya selalu pergi senyap-senyap sebab saya takut kena marah dengan dia.

Apa-apa pun mesti ayah Park Seo-joon bangga kan sekarang sebab anak dia dah berjaya dan ubah kehidupan keluarga.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...