Utama Rancangan Hiburan “Nama Betul Saya Ialah…” – Tidak Dijangka, Nama Sebenar Park Seojoon Bikin...

“Nama Betul Saya Ialah…” – Tidak Dijangka, Nama Sebenar Park Seojoon Bikin Ramai Terhibur

seojoon

Terdapat ramai pelakon serta penyanyi yang menggunakan nama samaran berbanding nama sendiri, dan salah seorangnya ialah Park Seo-joon.

Pada 7 Disember, video pratonton Park Seo-joon di “You Quiz on The Block” telah ditayangkan di akaun YouTube milik rancangan itu.

Di mana di dalam video tersebut, Park Seo-joon telah membuatkan hos ketawa selepas dia memberitahu mereka nama sebenarnya.

Katanya,

Nama sebenar saya ialah Park Young-gyu.

Berasa terhibur, Yoo Jae-suk telah mengusik pelakon tersebut dengan berkata,

Nama awak sama seperti pelakon vateran Park Young-gyu?

seojoon (2)

Park Seo-joon membalas,

Ye betul tu! Sebab itu bila saya beritahu orang nama sebenar saya, mereka akan mengusik saya dengan memanggil saya sebagai ‘ayah mertua’.

Tidak berhenti di situ, pelakon itu juga akan mendedahkan kisah disebalik nama ‘Park Seo-joon’ yang digunakannya, di episod rancangan itu yang akan datang.

Dalam masa yang sama, pelakon yang terkenal dengan lakonannya di dalam drama “Itaewon Class” itu juga akan mendedahkan kisahnya ketika membuat penampilan sulung di Hollywood dengan memegang watak di dalam filem “The Marvels”.

Episod yang menampilkan Park Seo-joon ini akan mula ditayangkan pada Rabu hadapan.

Korang dah sedia ke belum nak bergelak ketawa dengan Park Seo-joon?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERSports Chosun
Loading...