Ikuti Kami:

Tak Dapat Teruskan Persembahan, Cha Eunwoo Nangis Nyanyi Lagu Dibuat Khas Untuk Mendiang Moonbin

Tak Dapat Teruskan Persembahan, Cha Eunwoo Nangis Nyanyi Lagu Dibuat Khas Untuk Mendiang Moonbin

Cha Eun-woo telah melakukan konsert perjumpaan peminatnya “2024 Just One 10 Minute [Mystery Elevator]” pada 17 Februari yang lalu di Seoul Korea.

Disebabkan ini merupakan konsert perjumpaan peminat pertamanya, ahli ASTRO tersebut telah menyediakan banyak persembahan serta aktiviti buat peminat yang hadir. Salah satunya ialah persembahan lagu “Where I Am” yang dituliskan oleh dirinya sendiri.

Selepas lagu itu dikeluarkan buat pertama kalinya pada 15 Februari, peminat telah mendapati bahawa lagu tersebut ditujukan khas buat mendiang Moonbin.

Dengan lirik lagu yang sedih dan menyayat hati, Cha Eun-woo telah dilihat mengalirkan air mata dan sukar untuk menyambung nyanyian lagu tersebut.

Malah, dia juga telah menangis dengan teresak-esak sebelum membuat keputusan untuk berhenti menyanyi dan turun meninggalkan pentas tersebut.

Melihat detik yang penuh dengan emosi, rata-rata peminat yang merindui mendiang Moonbin juga tidak dapat menahan air mata mereka dan mula menangis.

Namun begitu, Cha Eun-woo kemudiannya telah kembali ke pentas dan meneruskan konsert tersebut sehingga tamat.

Sedihnya…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...