Ikuti Kami:

“Tak Cantik..” – Song Hyekyo Ulas Persiapan Rakam Babak Tayang Badan Dalam ‘The Glory’

“Tak Cantik..” – Song Hyekyo Ulas Persiapan Rakam Babak Tayang Badan Dalam ‘The Glory’

Akhirnya Song Hye-kyo berkongsi lebih mendalam kisah di sebalik babak di mana dia menayangkan badan di dalam “The Glory”.

Terbaru, Netflix telah berkongsi klip berjudul ‘Commentary & Review’ iaitu Song Hye-kyo, Lee Do-hyun, Im Ji-yeon, Yeom Hye-ran, penulis Kim Eun-sook dan pengarah Ahn Gil-ho menyaksikan beberapa klip penting dalam siri itu dan bercerita lebih mengenainya.

Antara yang ditayangkan ialah babak Moon Dong-eun (Song Hye-kyo) mendedahkan parut di seluruh badannya pada Ju Yeo-jeong (Lee Do-hyun) buat pertama kali.

netflix the glory

Ulas penulis Kim Eun-sook mengenainya,

Saya menyimpan babak itu sejak awal lagi dan apabila kami menawarkan watak ini buat Song Hye-kyo, saya mengatakan yang saya sangat memerlukan babak itu. Mungkin dia akan berasa kurang senang, jadi saya bertanya jika dia tak kisah mengenainya.

Menurutnya, Song Hye-kyo meminta masa dua bulan sebelum merakamkan babak itu. Apabila ditanya sekiranya pelakon tersebut memerlukan masa untuk bersenam, jawab Song Hye-kyo,

Tak, saya perlu mengurangkan berat dalam tempoh itu.

netflix the glory

Tambahnya,

Dia benar-benar melakukannya. Saya bertanya apa yang dijamahnya pada ketika itu dan jawabnya, beras konjac. Saya bersyukur melihat usahanya namun turut berasa bersalah. Jadi, saya hampir menangis apabila melihat babak itu semasa lengkap.

Jelas Song Hye-kyo pula,

Pertama sekali, semasa menerima watak Moon Dong-eun, saya tak terfikir untuk nampak cantik pun. Dia tidak mempunyai masa dan tenaga untuk menjaga penampilannya seperti itu.

netflix the glory

Jelasnya lagi,

Terutamanya dalam babak ini, penulis mengatakan yang dia mahu penonton berasa kasihan padanya apabila melihat badan yang kurus dan bukannya sesuatu yang cantik. Saya merasakan fokusnya patut di situ.

Untuk pengetahuan, bahagian kedua “The Glory” bakal ditayangkan pada Mac 2023 ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...