Rasanya “The Glory” sedang menjadi meniti di bibir semua peminat drama Korea di serata dunia kini kan?
Bukan hanya kerana plotnya yang mendebarkan, tapi juga kerana ia memaparkan Song Hye-kyo sebagai teraju utamanya. Lebih mengujakan, apabila ini percubaan pertama wanita itu untuk melakonkan watak yang ‘tersakiti’ dek dibuli sewaktu di bangku sekolah.
Pun begitu, walaupun Song Hye-kyo menunjukkan keberanian apabila membawa babak ‘hangat’ dengan membuka pakaiannya bagi menunjukkan lengan dan bahagian belakang badan yang berparut dek ditekap dengan alat meluruskan rambut dahulu. Meskipun bukan babak seksual, namun situasi menyayat hati itu mampu membuatkan penonton terus ‘tenggelam’ dengan dendam Moon Dong-eun.
Namun agak menyebalkan apabila segelintir penonton sepertinya lebih mementingkan fizikal Song Hye-kyo dan bukan kualiti lakonannya. Mereka meninggalkan komen kurang enak apabila melihat fizikal pelakon wanita itu seperti ‘badan budak sekolah’ dan ‘nampak rata dan pendek’.
Bagaimanapun, ramai lagi netizen menghentam komen ditinggalkan peminat Vietnam itu dengan mengatakan mereka tak sepatutnya memberikan fokus kepada penampilan sahaja. Malah mereka menjelaskan bahawa watak Moon Dong-eun sememangnya seorang yang kurang makan, sentiasa penat dan melalui trauma mendalam. Disebabkan itu, dia seharusnya kelihatan sedemikian.
Bahkan ramai lagi yang memuji Song Hye-kyo kerana kekal kelihatan menawan di usia 40-an dan sanggup mengubah penampilan bagi membawa watak ini.
Ish ish..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.