“Tak Cakap Pun Ada Kembar” – Pemilik Kedai Kopi Ini Tular Dek Wajah Mirip V BTS!
- oleh Fareen
- 2 tahuns lalu
Kalau cakap tentang idola lelaki kacak, nama V BTS pastinya tidak akan tercuali.
Baru-baru ini, seorang pemilik kedai kopi telah meraih perhatian ramai kerana wajahnya yang mirip dengan Kim Tae-hyung atau lebih dikenali sebagai V.
Khususnya, lelaki yang bernama Takano Ren itu merupakan pemilik kafe Ni. 5, yang terletak di Tokyo, Jepun.
Menerusi video yang dikongsi, visual kacak Takano tidak jauh seperti V dan senyuman serta ekspresinya juga turut sama seperti ahli BTS itu.
Bukan itu sahaja, gaya rambut dan pemakaiannya juga sama seperti V, membuatkan penampilannya lebih mirip dengan idola tersebut.

Komen netizen,
Wow…
Rambut mereka sama.
Wajah mereka tak sama tapi dia memang kacak.
Mesti makin laku kedai dia lepas ni.
V tak cakap pun ada kembar!
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




