Ikuti Kami:

“Nak Nangis” – Untungnya! Pempengaruh Malaysia Kebetulan Jumpa Album Solo V BTS Dalam Peti Surat Di Korea

“Nak Nangis” – Untungnya! Pempengaruh Malaysia Kebetulan Jumpa Album Solo V BTS Dalam Peti Surat Di Korea

Betul lah orang cakap, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Baru-baru ini, seorang pempengaruh fesyen dan kecantikan di Malaysia iaitu Sofea Shra, telah memuat naik satu video di laman TikTok, berkongsi kepada pengikutnya percutiannya ke Korea Selatan.

Menarik perhatian peminat K-Pop terutamanya ARMY, Sofea dengan terujanya mendedahkan bahawa ketika pergi melawat ke lokasi penggambaran BTS untuk lagu “Spring Day” di perhentias bas, Pantai Jumunjin, dia dan rakan-rakannya secara tidak sengaja terjumpa album solo V BTS “Layover” yang diletakkan dalam sebuah peti surat berhampiran.

Merujuk kepada video tersebut, ahli BTS itu memang ada meletakkan albumnya di beberapa kawasan secara rawak dan Sofea nampaknya merupakan salah seorang peminat yang bertuah!

Namun ada juga peminat yang mendakwa bahawa album itu diletakkan oleh salah seorang peminat pemurah, yang ingin berkongsi kegembiraan bersama.

Tak kisah la siapa yang letak, yang penting dapat percuma je tau!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...