Ikuti Kami:

Tak Boleh Terima Putus Cinta, Penyanyi K-Pop Ini Meninggal Kerana Ditikam 65 Kali

Tak Boleh Terima Putus Cinta, Penyanyi K-Pop Ini Meninggal Kerana Ditikam 65 Kali

Dunia hiburan K-Pop pernah digemparkan dengan satu kejadian jenayah yang menimpa seorang penyanyi wanita pada tahun 2011.

Kes yang berlaku ke atas penyanyi wanita ini sangat kejam.

Kronologi

Lee Eun-mi merupakan vokalis utama bagi kumpulan Iris yang baru meningkat naik pada tahun 2011. Sebelum kes ini terjadi, Lee Eun-mi dikatakan mahu memutuskan hubungan bersama teman lelakinya, Encik Cho. Pada mulanya, keputusan itu diterima baik oleh kedua belah pihak namun tiada siapa yang sangka bekas teman lelakinya itu akan bertindak agresif.

Lee Eun-mi iris dibunuh bf

Ianya bermula apabila Lee Eun-mi dalam perjalanan pulang ke rumah dan dia terserempak dengan bekas teman lelakinya. Niat Encik Cho bertemu dengan mangsa kerana ingin berbincang tentang kisah cinta mereka. Sumber ada mengatakan bahawa mereka bertengkar di tempat awam sebelum Encik Cho tidak boleh berfikir secara rasional dan bertindak menikam Lee Eun-mi. Bukan sekali tikaman tetapi mangsa ditikam sebanyak 65 kali di bahagian leher dan abdomen.

Selepas sedar akan kesalahannya, Encik Cho terus melarikan diri tetapi orang awam melaporkan kepada pihak polis bahawa suspek berada di satu hentian rehat dan rawat. Tanpa melengahkan masa, polis menangkap suspek tanpa sebarang pergelutan.

Motif pembunuhan

Lee Eun-mi iris dibunuh bf

Ketika disoal siasat, Encik Cho menyatakan yang dia terlalu menyayangi mangsa dan tidak boleh terima keputusan penyanyi itu untuk memutuskan hubungan. Tambahnya lagi, mereka berdua sebelum ini saling menyayangi antara satu sama lain dan pernah merancang untuk berkahwin. Disebabkan keputusan memutuskan hubungan, lelaki itu tidak tentu arah dan berasa ingin membunuh Lee Eun-mi.

Hukuman

Encik Cho mengaku akan kesalahan membunuh Lee Eun-mi dan sedia untuk menerima hukuman. Pada mulanya hakim menjatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun namun dikurangkan 3 tahun kerana pihak mahkamah percaya Encik Cho sangat menyesal dengan kelakuan kejamnya sebelum ini.

Kemudian, Encik Cho membuat keputusan untuk beri pampasan kepada ahli keluara Lee Eun-mi sebanyak RM46,750.

Benda boleh bincang elok-elok..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...