Remaja zaman sekarang pantang nampak cermin mesti nak bergambar! Tapi tahukah korang, cermin yang ada di sekitar keretapi bawah tanah di Korea adalah untuk keselamatan semua orang?
Jom baca apa yang KimchiDaily nak dedahkan tentang cermin di Korea.
Kerajaan Korea sangat mementingkan keselamatan rakyat mereka. Kejadian jenayah seksual sering berlaku terutamanya kepada perempuan. Oleh sebab itu, kerajaan membuat satu inisiatif bijak dengan meletakkan cermin besar dan kecil di stesen keretapi bawah tanah.
Macam mana inisiatif ini berkesan? Ia merupakan salah satu cara untuk mencegah jenayah menggunakan reka bentuk alam sekitar. Apabila melihat pantulan di cermin, kita cenderung untuk menjaga tingkah laku. Melalui pantulan itu, kita boleh melihat jika ada orang cuba untuk menangkap gambar tanpa persetujuan. Ingat zaman sekarang tak boleh percaya 100% dekat orang yang tidak dikenali. Walaubagaimanapun, bukan bermakna korang tak boleh swafoto tau.
Selain itu, cermin juga ada diletakkan di kaunter bank dan mana-mana kaunter pertanyaan. Hal ini untuk mengelakkan daripada pelanggan atau orang yang bekerja mengamuk. Kajian mendapati kita akan rasa kurang marah apabila melihat muka sendiri.
Kreatif bukan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.