Ikuti Kami:

Jarang Diketahui Umum, Ini Antara Hari Istimewa Disambut Di Korea Tetapi Tidak Di Negara Lain

Jarang Diketahui Umum, Ini Antara Hari Istimewa Disambut Di Korea Tetapi Tidak Di Negara Lain

Korea Selatan ialah sebuah negara yang penuh dengan budaya, sejarah, warisan dan semangat patriotisme kepada negara yang mengagumkan.

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan hari-hari meraikan peristiwa yang dianggap menggembirakan di Korea.

(Diary Day/Candle Day) 14 Januari 

Hari Diari/Hari Lilin

Diari kosong diberikan sebagai hadiah kepada pasangan dan rakan pada hari ini. Namun, ada juga yang menyambutnya sebagai Candle Day. Orang Korea akan memberi serta menerima lilin hiasan sebagai tanda mereka menghargai orang sekeliling.

(White Day) 14 Mac 

Hari Putih Di Korea

Kebiasaanya pada hari Valentine wanita akan memberi hadiah ataupun coklat kepada pasangan lelaki mereka. Tetapi pada 14 Mac ia menjadi satu tarikh istimewa buat wanita di Korea kerana pada masa ini pasangan mereka akan memberi coklat sebagai tanda terima kasih.

(Black Day) 14 April 

Black day in Korea

Tarikh ini sangat menarik dan ramai yang menanti kerana ia adalah hari untuk orang bujang. Orang Korea akan menyambutnya bersama kawan-kawan bujang mereka dan mi kacang hitam menjadi hidangan utama pada Black Day.

(Cucumber Day2 Mei 

Percaya atau tidak, di Korea ada hari khas untuk mereka yang suka makan timun. 2 Mei dipilih sebagai Cucumber Day kerana nombor 5 dan 2 diterjemahkan kepada ‘oh-ee’ iaitu timun dalam bahasa Korea.

(Rose Day) 14 Mei 

Rose Day in Korea

Selain daripada White Day dan Valentine Day, setiap 14 Mei juga merupakan hari untuk menghargai orang tersayang. Masyarakat Korea akan menghadiahkan bunga mawar kepada orang yang mereka cinta dan sayang termasuklah ibu bapa. Comel kan?

(Silver Day) 14 Julai 

silver day in korea

Pada 14 Julai pasangan bercinta akan bertukar cincin perak dan berbincang tentang perkahwinan mereka. Cincin perak yang diberi menjadi tanda perjanjian antara lelaki dan wanita untuk saling mencintai sehingga akhir hayat.

(Confession Day) 17 September 

confession day

Apa yang istimewa jika korang mula bercinta pada tarikh ini, ia akan mencapai hari ulang tahun yang ke-100 pada Hari Natal. Oleh sebab itu wujudnya Confession Day kerana tarikh ini sangat istimewa untuk pasangan bercinta.

(Pepero Day) 11 November 

pepero day in korea

Jangan pelik kalau tiba-tiba korang dapat pepero sebagai hadiah pada 11 November ini. Di Korea ia seperti Hari Valentine, tetapi bukan menghadiahkan pepero kepada orang penting atau orang yang dicintai sahaja malah ia juga diberikan kepada orang yang membuat korang tersenyum gembira pada tahun lalu.

Unik kan budaya dekat Korea ni!!!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...