Ikuti Kami:

Pelbagai Fakta Menarik, Ketahui Asal Usul Bahasa Korea

Pelbagai Fakta Menarik, Ketahui Asal Usul Bahasa Korea

Bahasa Korea sememangnya bahasa yang menarik untuk dipelajari kerana ia indah dan kaya dengan sejarah.

Kali ini kita akan mempelajari beberapa fakta tentang bahasa Korea.

Bahasa Korea Lama 

Tiada kajian yang jelas bila bahasa Korea lama bermula, tetapi ia berakhir pada tahun 1918 sekitar kejatuhan dinasti Unified Silla. Orang Korea menggunakan skrip Cina Klasik dan Idu pada masa ini. Satu-satunya karya sastera pada zaman ini yang masih ada ialah puisi vernakular yang dipanggil hyangga.

hyangga

Bahasa Korea Pertengahan (918–1600) 

Tempoh bahasa ini meliputi Goryeo dan Joseon serta ianya dianggap zaman keemasan bahasa Korea kerana Hangul (skrip tulisan Korea) baru diperkenalkan oleh Raja Sejong.

Korea Moden (dari awal abad ke-20)

Selepas Perang Korea pengkhususan dalam sebutan, infleksi kata kerja, dan perbendaharaan kata antara Korea Utara dan Selatan muncul. Sesetengah perkataan di Korea Selatan disebut secara berbeza di Korea Utara, manakala ada perkataan dieja secara berbeza. Tambahan, ada juga sebutan dan ejaan berbeza tetapi maknanya sama.

Pelbagai Dialek

  • Hamgyong – Dialek yang dituturkan di bahagian timur Korea Utara dan Jilin, China.
  • Pyongan – Dialek ini digunakan di bahagian barat Korea Utara, termasuk ibu kota Pyongyang, dan Liaoning, China.
  • Dialek pusat (central dialects) – Digunakan di kawasan wilayah Hwanghae, wilayah Gangwon, wilayah Chungcheong, wilayah Gyeonggi, dan ibu kota Seoul.
  • Jeolla – Ia dikenali sebagai dialek barat Daya dan dituturkan di wilayah Jeolla, termasuk Bandar Gwangju.
  • Gyeongsang – Dituturkan di daerah Busan, Daegu dan Ulsan.

Mempunyai dua sistem pengiraan 

Asli

Sistem nombor asli Korea digunakan untuk pengiraan umum, seperti membuat kiraan dari nombor satu sehingga 99 sahaja. Sebagai contoh ia digunakan untuk mengira orang, benda, umur dan banyak lagi.

Sino

Nombor Sino Korea digunakan untuk perkara seperti tarikh, wang, masa, alamat, nombor telefon dan nombor melebihi 100.

Tulisan Hangul

Hangul ialah sistem tulisan rasmi yang digunakan dalam bahasa Korea. Setiap huruf dalam abjad Hangul mewakili fonem yang berbeza dalam bahasa Korea. 19 konsonan dan 21 vokal membentuk abjad serta setiap suku kata terdiri daripada huruf blok.

9 Oktober ialah Hari Hangul 

Sejak dahulu lagi orang Korea akan cuti pada 9 Oktober. Tetapi pada tahun 1991 sehingga 2012 tarikh ini dihapuskan daripada cuti peristiwa dan berita gembira buat orang Korea, cuti peristiwa itu diteruskan mulai tahun 2013 sehingga sekarang.

Walaupun susah nak faham, tetapi abjad hangul ni nampak sangat unik.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...