Ikuti Kami:

“Tak Boleh Pegang” – Hormat Wanita Muslim, Kelakuan Hongki F.T. Island Dipuji Peminat Malaysia

“Tak Boleh Pegang” – Hormat Wanita Muslim, Kelakuan Hongki F.T. Island Dipuji Peminat Malaysia

Baru-baru ini, F.T. Island telah melakukan konsert jelajah mereka di Zepp, Kuala Lumpur dan ianya telah dihadiri oleh ribuan Primadonna (kelab peminat F.T. Island) Malaysia.

Dalam masa yang sama, terdapat satu video yang dikongsikan oleh peminat yang hadir ke konsert tersebut telah menarik perhatian ramai.

Di mana, video itu menunjukkan situasi ketika Lee Hong-ki menyatakan rasa rindunya kepada peminat muslim.

Katanya penyanyi itu,

Saya dah lama rindu nak lihat Primadonna yang berhijab.

Tambahnya,

Selalunya masa konsert saya akan turun dari pentas dan bersalaman dengan peminat. Tapi, untuk konsert kali ini saya tak boleh buat seperti itu kerana ianya agak tidak sopan untuk saya menyentuh anda.

Sambungnya lagi,

Kalau saya salam juga dengan awak semua, nanti saya dah tak boleh sambung menyanyi di sini.

Selepas video itu dikongsi, rata-rata peminat di Malaysia telah memuji ahli F.T. Island itu kerana menghormati wanita muslim serta mengambil berat terhadap budaya di sini.

Antara komen peminat ialah,

Bagusnya.

 

Mesti dia tahu kes yang pernah terjadi sebelum ini.

 

Saya gembira bila dapat lihat artis luar yang menghormati wanita muslim.

 

Dah boleh kahwin dengan perempuan Malaysia dah ni.

Comelkan Lee Hong-ki!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...