Ikuti Kami:

Song Seunghyun Bekas Ahli F.T. Island Umum Bakal Berkahwin & Warisi Perniagaan Bapa Mertua

Song Seunghyun Bekas Ahli F.T. Island Umum Bakal Berkahwin & Warisi Perniagaan Bapa Mertua

Song Seung-hyun bakal berkahwin dan mengambil alih perniagaan milik bakal bapa mertuanya.

Menurut laporan media pada 19 Februari, Song Seung-hyun bakal mengikat tali perkahwinan bersama teman wanitanya pada Jun ini.

Malah, bekas ahli F.T. Island itu juga telah mengesahkan bahawa dia akan mengambil alih perniagaan bapa mertuanya di Amerika Syarikat dan memulakan kehidupan baru di sana.

Terlebih dahulu, pada 15 Februari yang lalu Song Seung-hyun telah mengumumkan persaraannya dari industri seni di Instagram. Penyanyi itu juga turut meminta maaf kepada peminat yang masih setia menunggu kepulangannya.

song-seunghyun-ft-island

Sementara itu, Song Seung-hyun telah menyertai kumpulan F.T. Island sebagai gitaris pada tahun 2009. Dia kemudiannya telah membuat keputusan untuk fokus berlakon dan meninggalkan kumpulan tersebut selepas kontraknya tamat pada 2019.

Tahniah buat Song Seung-hyun dan pasangan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...