Utama Drama Korea Tak Boleh Fokus Tonton ‘Castaway Diva’, Penonton Komen Park Eunbin Masih ‘Terperangkap’...

Tak Boleh Fokus Tonton ‘Castaway Diva’, Penonton Komen Park Eunbin Masih ‘Terperangkap’ Dalam Watak Woo Youngwoo

park eunbin

Mesti ramai yang tengah layan Park Eun-bin dalam drama “Castaway Diva” sekarang kan?

Dalam drama ini, Park Eun-bin membawa watak sebagai Seo Mok-ha, seorang gadis muda yang cerdas dan positif, mempunyai impian untuk menjadi penyanyi. Ketika dalam perjalanan untuk menghadiri uji bakat di Seoul, dia terkandas di sebuah pulau terpencil dan harus menyesuaikan diri dengan dunia yang tidak dikenali namun tetap mengejar cita-cita untuk menjadi seorang diva.

Sudah 6 episod bersiaran, drama itu telah berjaya menarik perhatian penonton dengan plotnya namun, ada juga yang memberi komen tentang lakonan Park Eun-bin.

Khususnya, beberapa penonton mendakwa Park Eun-bin nampaknya masih ‘terperangkap’ dalam wataknya sebagai Woo Young-woo dari “Extraordinary Attorney Woo” dan mereka sepertinya masih boleh melihat Woo Young-woo dalam Seo Mok-ha.

Bagaimanapun, ada yang mempertahankan pelakon wanita itu dengan menjelaskan bahawa kedua-dua watak itu adalah berbeza dan meminta agar penonton memberikan lebih perhatian tentang watak Seo Mok-ha dalam “Castaway Diva”.

Apa komen korang pula yang tengah tonton drama ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Loading...