Ikuti Kami:

Pulau Terpencil Menjadi Rumah, Park Eunbin Kembali Dengan ‘Castaway Diva’

Pulau Terpencil Menjadi Rumah, Park Eunbin Kembali Dengan ‘Castaway Diva’

Drama terbaru Park Eun-bin bakal ditayangkan tak lama lagi!

“Castaway Diva” merupakan sebuah drama komedi romantik yang dibintangi oleh Park Eun-bin. Di mana ianya menceritakan tentang seorang penyanyi yang bercita-cita tinggi terkandas di sebuah pulau terpencil semasa dalam perjalanan ke Seoul untuk menjalani uji bakat.

Seo Mok-ha yang dilakonkan oleh Park Eun-bin telah terkandas di sebuah pulau terpencil akibat dari kemalangan yang tidak dapat dielakkan. Namun walaupun dia perlu hidup berdikari di pulau tersebut, dia masih lagi mampu untuk memberikan senyuman.

Dalam masa yang sama, Seo Mok-ha menghabiskan masa sehariannya dengan mengembara di sekitar pantai dan menyelam di dalam laut untuk mencari makanan. Malah, pakaian yang dipakainya juga  merupakan pakaian yang dihanyutkan oleh ombak.

castaway diva

Disebabkan dia menghabiskan separuh daripada kehidupannya dia pulau terpencil, dia telah memperoleh kebijaksanaan serta pengalaman hidup yang lebih berharga daripada wang serta populariti.

Drama “Castaway Diva” ini bakal mula disiarkan pada 28 Oktober 2023.

Wah! Macam menarik je drama ni. Nak kena tengok ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...