Ikuti Kami:

“Saya Tak Tertekan..” – Dikritik Dek Menangis Terima Anugerah, Park Eunbin Beri Respon

“Saya Tak Tertekan..” – Dikritik Dek Menangis Terima Anugerah, Park Eunbin Beri Respon

Selepas “Extraordinary Attorney Woo”, Park Eun-bin tidak dinafikan telah mendapat perhatian ramai kini.

Terbaru pada 24 Mei, Park Eun-bin telah tampil dalam rancangan “JTBC Newsroom”, di mana pelakon itu ada membincangkan mengenai pelbagai perkara.

Menarik perhatian, Park Eun-bin telah memenangi Anugerah Daesang pada April lalu untuk wataknya dalam “Extraordinary Attorney Woo”. Ketika sesi temu bual, pelakon itu menjawab soalan sama ada dia berasa tertekan untuk memberikan ucapan penerimaan anugerah, memandangkan dia pernah terpalit dengan kontroversi mengenai ucapannya yang dikritik sebelum ini.

Jawab park Eun-bin,

Tidak, saya tak berasa tertekan. Walaupun saya masih muda, saya telah meluaskan perspektif saya dan pengalaman terkumpul sepanjang hidup saya, jadi saya tidak fikir akan ada perubahan ketara dalam melakukan apa yang saya percayai.

Bagi yang belum tahu, pada awal Mei lalu, pengkritik Kim Gap-soo telah mengkritik ucapan penerimaan Anugerah Daesang Park Eun-bin, dengan memberitahu bahawa dia tidak seharusnya mencetuskan emosi di hadapan orang lain.

Jangan kisah apa orang cakap Park Eun-bin!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...