Ikuti Kami:

“Umur Awak Bukan 18 Tahun” – Park Eunbin Dikritik Dek Menangis Di Anugerah Baeksang

“Umur Awak Bukan 18 Tahun” – Park Eunbin Dikritik Dek Menangis Di Anugerah Baeksang

Sebagai seorang pelakon, Park Eun-bin pastinya terharu apabila usahanya selama ini telah membuahkah hasil yang mengagumkan.

Terbaru pada siaran 1 Mei, program “Jung Young Jin, Choi Wook’s Maebul Show” telah membincangkan tentang topik Anugerah Baeksang 2023 yang berlaku baru-baru ini.

Dalam siaran tersebut, Kim Gap-soo iaitu seorang penyair dan pengkritik budaya telah memberi komen mengenai ucapan beberapa selebriti, ketika menerima anugerah mereka di majlis tersebut. Dia berkata,

Selebriti mempunyai banyak perkara tentang diri mereka untuk dikatakan, seperti apa yang mereka syukuri, kesukaran yang mereka hadapi dalam kerja mereka, rancangan masa depan dan sebagainya.

Kemudian, dia turut menyebut mengenai pemenang anugerah Daesang iaitu Park Eun-bin dengan menjelaskan,

Saya difahamkan sesetengah orang mempunyai kesukaran untuk memberi ucapan kerana mereka sudah begitu sejak kecil. Saya tidak akan bercakap tentang itu tetapi Park Eun-bin yang memenangi Hadiah Utama, adalah seorang pelakon veteran dan dia akan terus melakukan dengan baik pada masa akan datang. Bagaimanapun, dia asyik mengelap hidungnya semasa menerima anugerah itu.

park eunbin daesang

Sambung Kim Gap-soo lagi,

Dalam apa jua keadaan, bukan sahaja di majlis anugerah, seseorang itu tidak seharusnya mencetuskan emosi di hadapan orang lain. Dia seorang pelakon yang hebat jadi saya mengatakan ini dengan penuh kasih sayang. Apabila Park Eun-bin diumumkan sebagai pemenang, dia tunduk lebih dari 30 kali sebelum naik ke pentas, apakah jenis etika itu? Kemudian, dia mula menangis. Awak bukan umur 18 tahun lagi dan sudah berusia lebih 30 tahun.

Jelasnya lagi sambil memberitahu bahawa ramai selebriti harus belajar daripada Song Hye-kyo dan Tang Wei,

Saya tidak berniat untuk memperlekehkan nilai memenangi Hadiah Utama. Tetapi, sila jadikan tingkah laku Tang Wei dan Song Hye-kyo sebagai buku teks, sila lihat mereka.

park eunbin

Bagi yang belum tahu, Park Eun-bin telah merangkul Hadiah Utama (Daesang) di Anugerah Baeksang 2023 yang berlangsung pada 28 April lalu. Sebaik sahaja namanya dipanggil, pelakon itu terus menitiskan air mata sebelum mula menyampaikan ucapan penerimaannya.

Mestilah Park Eun-bin menangis, momen paling bermakna dalam hidup dia kan..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...