Agensi Jung Woo-sung, Artist Company, telah mengesahkan bahawa beliau adalah bapa kepada anak Moon Gabi.
Terdahulu, selepas Moon Gabi berkongsi mengenai anak yang baru dilahirkannya pada April lalu, Dispatch kemudian mendedahkan bahawa bapa kepada anak wanita itu adalah Jung Woo-sung.
Tenasia kemudiannya berkongsi bahawa kedua-dua mereka sebenarnya tidak pernah bercinta, dan bahawa Jung Woo-sung tidak mahu berkahwin dengan Moon Gabi, walaupun Moon Gabi mahukan perkahwinan.
Dalam kenyataan yang dikongsi oleh Artist Company kepada media Edaily, mereka mengesahkan bahawa Jung Woo-sung adalah bapa kepada anak Moon Gabi.
Anak yang didedahkan oleh Moon Gabi di akaun media sosialnya adalah anak kandung kepada pelakon Jung Woo-sung. Kami sedang berbincang mengenai cara terbaik untuk membesarkan anak tersebut dan beliau akan melakukan yang terbaik sebagai seorang bapa.
Artist Company turut berkongsi kenyataan kepada Xport News bahawa mereka tiada apa lagi untuk diperkatakan mengenai butiran hubungan mereka.
Kami tiada apa lagi untuk disahkan. Ini adalah soal kehidupan peribadi pelakon tersebut.
Kalau dah dorang bahagia macam tu..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.