Jung Woo-sung dan Shin Hyun-bin menafikan khabar angin mengenai hubungan romantik mereka.
Terbaru, agensi kedua-dua pelakon itu secara rasmi menafikan khabar angin bahawa mereka sedang bercinta. Agensi Jung Woo Sung, Artist Company, menyatakan,
Khabar angin mengenai mereka bercinta adalah tidak benar sama sekali.
Mengenai khabar angin bahawa kedua-dua pelakon itu memakai barangan pasangan (couple item) yang sepadan, mereka menambah,
Spekulasi mengenai barangan pasangan itu juga tidak berasas.
Untuk pengetahuan, Jung Woo-sung dan Shin Hyun-bin sebelum ini pernah berlakon bersama dalam drama romantik “Tell Me You Love Me” pada November 2023 lalu.
Kalau ya pun, apa salahnya kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.