Ikuti Kami:

“Tak Berbakat” – Bakat Alyssa Dibandingkan Dengan Vanesya, Netizen Malaysia & Indonesia Bergaduh

“Tak Berbakat” – Bakat Alyssa Dibandingkan Dengan Vanesya, Netizen Malaysia & Indonesia Bergaduh

Sudah beberapa episod ditayangkan, semakin sengit nampaknya pertarungan antara 81 peserta seluruh dunia menerusi “Universe Ticket”.

Pun begitu, sepertinya ada sedikit ‘kedinginan’ melanda di antara penyokong dari Malaysia dan Indonesia dek peserta dari negara berkenaan. Bagi yang tidak mengetahui, Alyssa mewakili Malaysia manakala Vanesya pula mewakili Indonesia.

Pertelingkahan bermula apabila ramai mengkritik kebolehan peserta Indonesia itu yang tidak setara dengan yang lain. Bukan sahaja terlupa lirik ketika menyanyikan lagu “Tell Me” malah gadis 15 tahun tersebut menimbulkan kekesalan penonton apabila tidak pandai berbahasa Inggeris dan Korea hingga gagal berkomunikasi baik dengan ahli kumpulan lain.

vanesya alyssa

Tapi mengejutkan apabila Vanesya menerima antara undian tertinggi kini, hasil dari kerjasama penyokong dari negaranya. Lantas ia menimbulkan rasa tidak puas hati penyokong dari negara lain kerana ramai lagi yang berbakat tersenarai di ranking yang rendah dek pemilihan berdasarkan populariti.

Namun penyokong Indonesia tidak mahu menerima kritikan ramai malah menyerang rakyat Malaysia kerana kononnya cuba menjatuhkan Vanesya walhal orang ramai hanya memberikan kritikan membina.

vanesya alyssa

Entahlah, mungkin boleh chill kot semua.. korang rasa?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...