V telah mengejutkan peminat di dalam gambar terbarunya.
BACA: Jadi Model Kopi, V BTS Jana Lebih RM21.4 Juta Hanya Dengan Satu Iklan Sebelum Masuk Tentera
Baru-baru ini, majalah Harper’s BAZAAR Korea telah mengeluarkan video teaser yang menunjukkan V BTS sebagai muka depan bagi majalah tersebut untuk edisi Februari 2024.
Di dalam video tersebut, rata-rata peminat telah terkejut dengan penampilan V yang tidak berbaju dan berambut panjang.
TAEHYUNG FOR HARPER’s BAZAAR OMG! pic.twitter.com/jiyEjumwd9
— moni⁷ (@taeisthv) January 9, 2024
Dalam masa yang sama, tiga versi muka depan telah dikeluarkan secara rasmi, dan seperti yang dijangkakan, peminat teruja melihat gambar-gambar seksi tersebut.
Versi pertama gambar tersebut memberikan gaya yang sama seperti di dalam video, di mana V hanya memakai barang kemas daripada jenama Celine.
Gambar seterusnya pula menunjukkan ‘abs’ ahli BTS tersebut yang hanya memakai jaket berjenama Celine. Gambar ini sekali gus turut mendedahkan gaya rambut V yang berwarna biru-kelabu cair.
Manakala, di gambar terakhir, V telah menyerupai watak ‘anime’ dalam kemeja hitam dan putih dengan rambutnya yang panjang dan mempersonakan.
Kacak Betul kan V!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.