Ikuti Kami:

Jadi Model Kopi, V BTS Jana Lebih RM21.4 Juta Hanya Dengan Satu Iklan Sebelum Masuk Tentera

Jadi Model Kopi, V BTS Jana Lebih RM21.4 Juta Hanya Dengan Satu Iklan Sebelum Masuk Tentera

Biar betul?

Menurut laporan media pada 20 Disember, ahli BTS iaitu V telah memperoleh sebanyak RM21.4 juta sebagai yuran pemodelan sejurus sebelum kemasukannya ke latihan ketenteraan.

Laporan itu menyatakan bahawa jenama kopi Compose Coffee telah memilih V sebagai model mereka untuk meraikan ulang tahun ke-10 mereka.

Penyanyi itu juga telah merakam iklan bagi jenama tersebut pada awal bulan ini dan ianya akan dikeluarkan pada masa hadapan.

Dalam masa yang sama, Compose Coffee turut mendedahkan bahawa sebahagian daripada kos pengiklanan ahli BTS tersebut ditanggung oleh kesemua pemilik francais jenama kopi tersebut. Di mana, kesemua pemilik perlu membayar sebanyak RM6.7 juta.

v cover

Yuran ini dikatakan setanding dengan yuran pemodelan BTS yang mahal. Malah, media turut melaporkan bahawa yuran pemodelan tahunan ahli BTS ialah sebanyak RM17.85 juta bagi setiap jenama dan mereka dijangka menjana lebih RM221.8 juta setiap tahun hanya dengan menjadi duta atau model sesebuah jenama.

Bayaran yang dikenakan bagi memanggil BTS sebagai model atau duta dikatakan setimpal memandangkan kebanyakan item atau barangan yang digunakan oleh setiap ahli BTS habis dijual dan mendapat hasil jualan yang tinggi.

Kaya betul kan V?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...