Ikuti Kami:

Tak Bagi Muka! Agensi Rain Ambil Tindakan Tegas Isu Penyebaran Berita Palsu

Tak Bagi Muka! Agensi Rain Ambil Tindakan Tegas Isu Penyebaran Berita Palsu

Agensi Rain sudah mula mengambil tindakan terhadap berita palsu. Haa…

Terbaru, RAINCOMPANY mengumumkan bahawa mereka kini selesai memfailkan aduan peringkat pertama atas permintaan pihak polis berkaitan kes terhadap seorang YouTuber dan individu lain yang menyebarkan khabar angin palsu tentang artis mereka melalui komuniti dalam talian dan juga laman media sosial.

Sebelum ini, terdapat satu majalah yang menyebarkan khabar angin mengenai dua artis, Rain dan Jo Jung-suk, yang dikatakan mempunyai hubungan. Ekoran daripada khabar angin tersebut, kedua-dua agensi mereka mengumumkan bahawa mereka akan mengambil tindakan tegas.rainBerikut adalah kenyataan daripada RAINCOMPANY,

Helo, ini ialah RAINCOMPANY.

Seperti yang dinyatakan dalam notis itu, kami telah selesai memfailkan aduan peringkat pertama dengan memohon siasatan daripada pihak polis terhadap YouTuber dan mereka yang menulis khabar angin palsu tentang artis kami melalui komuniti dalam talian, kafe dalam talian dan platform media sosial.

Kami ingin memaklumkan kepada anda bahawa kami tidak akan berhenti di sini tetapi akan terus meminta penyiasatan peringkat kedua dan ketiga terhadap YouTuber dan mereka yang menulis maklumat palsu, fitnah dan komen yang menghina berdasarkan khabar angin yang berkaitan dengan artis dengan pemantauan yang berterusan .

Terima kasih.

Semoga semuanya cepat selesai.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...