Kim Tae-hee dan Rain dikhabarkan mempunyai hartanah bernilai hampir jutaan ringgit! Wah, kaya betul!
Pasangan Rain dan juga Kim Tae-hee semestinya menjadi antara pasangan yang digemari ramai. Kejayaan mereka sehingga ke hari ini turut berjaya menjadikan mereka antara artis Korea yang mampu membeli hartanah bernilai hampir jutaan ringgit.
Menerusi satu rancangan hiburan “Entertainment Company Live”, yang disiarkan pada 4 Ogos lalu di mana rancangan itu berkongsi mengenai hartanah yang dimiliki oleh bintang-bintang Korea.Seorang pakar hartanah yang muncul dalam rancangan hiburan tersebut berkata,
Bangunan di Cheongdam-dong yang baru-baru ini dijual oleh Rain mempunyai keuntungan bersih sekurang-kurangnya hampir 30 billion won (10 juta ringgit).
Pasangan Kim Tae-hee dan Rain, yang turut arif dalam selok belok jualan hartanah, sebelum ini pernah dilaporkan mendapat keuntungan dengan menjual satu rumah mewah mereka di Itaewon-dong pada Mei lalu, yang mencecah hampir 3.2 billion won (10.9 juta ringgit).
Banyaknya hartanah dorang… ini level kaya lain macam!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.