Ikuti Kami:

Rain Bekerjasama Dengan Netflix Untuk Persembahan Istimewa Di Blue House

Rain Bekerjasama Dengan Netflix Untuk Persembahan Istimewa Di Blue House

Baru-baru ini penyanyi dan pelakon lagenda, Rain, sedang bersiap untuk persembahan sekali dalam seumur hidup di dalam Blue House di Korea Selatan!

Terbaru, Rain mendedahkan perkara tersebut menerusi Instagramnya, malah turut memberi beberapa maklumat buat peserta yang ingin menghadiri persembahan tersebut.

Hello~ Ini Rain atau Jung Ji-hoon.
Terima kasih kepada anda semua, saya berpeluang untuk mengadakan persembahan solo di dalam Blue House pada hari Jumaat, 17 Jun pada jam 7 malam. Oleh itu, saya berharap untuk menjemput sebahagian daripada anda ke rancangan itu!

Apa yang anda perlu sediakan ialah tiga perkara ini:
1. Etika berpakaian: apapun asalkan hitam
2. Cermin mata hitam
3. Keghairahan anda yang berapi-api semasa anda memberikan diri anda kepada rentak

Anda yang ingin menari dengan saya dan mencipta persembahan dan kenangan terbaik sepanjang masa,
anda yang ingin meluahkan semangat dan tenaga yang anda pendam selama ini,
anda yang ingin wajah anda distrim di 195 negara di seluruh dunia melalui Netflix.

Sila ambil perhatian bahawa rancangan itu akan difilemkan oleh kru dari Netflix, untuk bekerja dalam masa yang mencukupi untuk latihan, bilangan lagu yang boleh saya persembahkan akan dihadkan. Jadi, saya mencadangkan agar anda menggunakan pengangkutan awam apabila anda ingin ke sini. Persembahan adalah percuma!!!
Anda hanya perlu mendaftar.

rain Apakah jenis kerjasama yang korang rasa Rain sedang usahakan dengan Netflix di Blue House?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...