Ikuti Kami:

Tak Aktif Dalam Dunia Hiburan, Kim Hyunjoong Mula Kehidupan Petani

Tak Aktif Dalam Dunia Hiburan, Kim Hyunjoong Mula Kehidupan Petani

Ramai mesti tertanya-tanya apa yang dilakukan Kim Hyun-joong yang popular dengan drama “Boys Over Flowers” kini kan?

Terbaru, bekas ahli SS501 telah memuat naik entri di laman sosial dengan tajuk “Mula kehidupan bertani dengan tiba-tiba”. 

Dalam foto yang dimuat naik, Kim Hyun-joong memakai topi petani untuk melindungi diri dari cahaya matahari samnil memandang ke arah kamera.

Dalam gambar yang dikongsikan, Kim Hyun Joong memakai topi yang dibuat untuk melindungi dari cahaya matahari sambil memandang ke arah kamera. Perhatian tertumpu kepada penampilannya yang kelihatan seperti seorang petani.

Katanya,

Saya menghormati semua yang terlibat secara tulus dalam bidang pertanian. Sila tonton kisah saya di YouTube. Apabila jagung saya dah masak, saya akan berkongsi dengan semua.

kim hyunjoong

Walaupun sekadar kandungan hiburan, namun ramai yang memberikan sokongan buat percubaan baru Kin Hyun-joong itu di ruangan komen.

Sebelum ini pada 2014, Kim Hyun-joon terlibat dengan kontroversi serangan seksual ke atas bekas kekasihnya. Pada 2017 pula, dia didakwa memandu dalam keadaan mabuk semasa sedang menjalani khidmat ketenteraan.

Dalam pada itu, dia menamatkan zaman bujang dengan cinta pertama pada 2022 dan memiliki cahaya mata dalam tahun yang sama.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   TV Report

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...