Baru-baru ini, peminat buat pertama kali melihat wajah isteri dan cahaya mata Kim Hyun-joong semasa sambutan hari jadi pertama anaknya itu.
Jarang berkongsi mengenai keluarga namun bekas ahli SS501 itu meluahkan tanggungjawab tak terhingga buat anak lelakinya itu,
Saya akan jaganya dengan baik dan saya akan buktikan menerusi didikan yang bagus 10 ke 20 tahun ini.
Tahun lalu, Kim Hyun-joong membuat kejutan apabila mengumumkan bahawa dia bakal mengahwini kekasih lamanya semasa di sekolah selain bakal menimang cahaya mata lelaki.
Happy 1st birthday to Hyun Joong’s son 🥰👶🏻🎈🎁🎉#SS501#KimHyunJoong pic.twitter.com/MN9w9txvhO
— 🐢☁️ (@_nana_nice) August 2, 2023
Ketika majlis itu juga, lelaki berkenaan dilihat terus memuji anaknya,
Semakin dia membesar, semakin anak saya kelihatan seperti saya sewaktu kecil. Sekarang, saya dah pandai tukar lampin dan mandikannya.
Ternyata hidup demi anaknya, Kim Hyun-joong juga turut meluahkan mengenai anaknya ketika majlis pelancaran album ‘My Sun’ pada Februari lalu,
Saya ada anak yang perlukan tenaga saya, dia ialah punca utama yang mengubah saya.
Semoga berbahagia!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.