Ikuti Kami:

“Tak Ada Pelakon Lain Ke?” – Dibintangi Oh Dalsu, ‘Squid Game 2’ Dikritik Dek Pilih Pelakon Bermasalah

“Tak Ada Pelakon Lain Ke?” – Dibintangi Oh Dalsu, ‘Squid Game 2’ Dikritik Dek Pilih Pelakon Bermasalah

Oh Dal-su sah akan membintangi “Squid Game 2”.

Pada 12 Mac, agensi Oh Dal-su telah mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan bahawa pelakon tersebut bakal menyertai “Squid Game 2”.

Kata mereka,

Oh Dal-su akan membintangi ‘Squid Game 2’ namun begitu, ianya sukar untuk kami dedahkan watak yang akan dia bawakan.

Selepas kenyataan itu dikeluarkan, rata-rata netizen telah meluahkan perasaan tidak puas hati mereka terhadap penglibatan pelakon tersebut.

Terutamanya kerana Oh Dal-su sebelum ini pernah terpalit dalam kontroversi yang mengatakan bahawa dia melakukan serangan seksual di tempat kerja pada tahun 2018.

oh-dalsu

Antara komen netizen mengenai penglibatan Oh Dal-su dalam “Squid Game 2” ialah,

Mereka memang nak buat drama khas untuk penjenayah ke?

 

Tak cukup ke ambil T.O.P BIGBANG?

 

Saya tak akan tonton drama ni.

 

Kenapa dorang banyak ambil pelakon yang ada kesalahan jenayah?

 

Dah tak ada pelakon lelaki lain ke dekat Korea?

 

Pengarah dia dah kenapa?

 

Drama ini jadi makin tidak menarik.

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...