Ikuti Kami:

“Tak Ada Drama Lebih Baik Ke?” – Penonton Persoal Sebab Lee Sangyeob Mahu Terajui ‘Eve’

“Tak Ada Drama Lebih Baik Ke?” – Penonton Persoal Sebab Lee Sangyeob Mahu Terajui ‘Eve’

Meskipun mula mendapat perhatian ramai kerana personalitinya yang kelakar dalam rancangan hiburan seperti “Running Man” dan “The Sixth Sense”, Lee Sang-yeob sebenarnya dikenali pada awalnya sebagai seorang pelakon yang hebat dan kacak.

Sentiasa mencuba watak yang baru, Lee Sang-yeob kini membawa watak Seo Eun-pyung iaitu seorang ahli politik yang penuh muslihat tersendiri selain sanggup melakukan apa sahaja untuk Lee Ra-el (Seo Ye-ji) di dalam drama “Eve”.

lee sangyeob eve

Pun begitu, pemilihan watak ini menimbulkan persoalan ramai memandangkan lelaki yang dikenali kerana lakonan hebatnya itu hanya mengambil bahagian babak yang pendek sahaja berbanding tiga teraju utama lain.

Malah “Eve” yang dipenuhi kontroversi sejak sebelum tayangan seperti plot provokatif dan jarak umur ketara antara pelakonnya, sepertinya membuatkan ramai menyesali pilihan Lee Sang-yeob kerana bersetuju untuk membintangi drama tvN ini.

Kongsi seorang penonton di laman komuniti,

Saya tak faham kenapa Lee Sang-yeob mahu membintangi ‘Eve’.

lee sangyeob eve

Tambahan pula, Lee Sang-yeob dikenali kerana sering berlakon dalam drama yang hebat seperti “Once Again” dan “On The Verge Of Insanity”.

Komen penonton lain pada entri berkenaan,

Hanya dia watak yang normal di dalam drama itu. Mungkin dia memilih untuk menyertainya kerana watak itu.

 

Wataknya okay.

 

Saya tak faham apa pun.

 

Saya pun tak faham. Melihatkan wataknya, ia bukanlah unik sangat sampai dia perlu memilihnya.

 

Adakah tiada skrip bagus yang diterimanya?

Mesti Lee Sang-yeob ada alasan tersendiri. Apa pendapat anda?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...