Setelah 8 bulan berkahwin, pasangan Son Ye-jin dan Hyunbin akhirnya selamat menimang cahaya mata pertama mereka.

Pada 27 November, Son Ye-jin dilaporkan telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Tidak lama kemudian, agensi pelakon itu mengumumkan,
Memang benar Son Ye-jin bersalin hari ini. Ibu dan bayinya sihat.
Untuk pengetahuan, Son Ye-jin pada asalnya dijadualkan bersalin pada awal Disember, tetapi dia melahirkan lebih awal daripada jangkaan.
Kini, pelakon itu sedang berehat di pusat jagaan yang terletak di Yeoksam-dong, Seoul.
Tahniah Son Ye-jin dan Hyunbin!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.