Sudah dua kali bekerjasama dalam francais “Confidential Assignment”, Im Yoon-ah ataupun Yoon-ah mengakui bahawa dia rapat dengan Hyunbin.
Dalam sebuah temubual, wanita itu berkongsi pelbagai kisah mengenai para pelakon “Confidential Assignment 2: International” yang bakal ditayangkan tak lama lagi.
Saya bersama Hyunbin dan Yoo Hae-jin untuk masa yang lama kerana kami ada ketika filem pertama. Saya merasakan filem kedua ini dapat dirakam dengan lebih menyeronokkan berbanding yang pertama. Dia membantu saya dengan selesa dan baik seperti kawan. Terutamanya banyak babak bersama abang ipar, Yoo Hae-jin.
Dalam pada itu, Yoon-ah sempat bercerita mengenai hubungan cinta bersama Hyunbin dalam filem ini. Mempunyai hubungan yang baik dengan isterinya, Son Ye-jin, ahli Girls’ Generation ini menceritakan reaksi wanita itu,
Saya mempunyai perasaan tak berbalas dengan watak Hyunbin, jadi saya rasa Son Ye-jin tak kisah mengenainya. Seperti penonton yang menonton perkembangan hubungan romantik antara watak, rasanya Son ye-jin juga tidak merasa terbeban. Nampaknya saya kena Son Ye-jin nanti.
Berlakon sahaja kan..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.