Semejak berkahwin, nampaknya Hyunbin kelihatan lebih relaks dan tidak segan untuk bercerita mengenai isteri, Son Ye-jin.
Terbaru, lelaki itu telah menyertai temubual untuk mempromosikan filem “Confidential Assignment 2: International”. Bukan itu sahaja, dia sempat menjawab persoalan berkaitan perihal rumah tangganya.
Bakal menimang anak sulung tak lama lagi, kongsi Hyunbin,
Saya tak dapat merasakannya lagi. Mungkin ianya akan dapat dirasai apabila melihat dengan mata sendiri. Ianya merupakan rezeki yang hebat, jadi saya menantikan dengan hati terbuka.
Dalam pada itu, Hyunbin menjelaskan sebab dia lebih selesa memilih untuk menjalani tembual tanpa bersemuka,
Saya berhati-hati untuk melalui temuramah ini kerana ‘baby’. Terima kasih kerana memahami.
Mendengarkan penjelasan itu, rata-rata peminat mengakui teruja dengan panggilan ‘baby’ yang dianggap ditujukan buat Son Ye-jin. Pun begitu, ada juga yang mengatakan bahawa gelaran itu ialah buat anjing peliharaan pasangan itu ataupun anak di dalam perut wanita berkenaan.
Awwww sweet!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.