“Kita Akan Nampak Serupa Bila Dilamun Cinta” – Ramai Perasan Senyuman Hyunbin Seiras Son Yejin Kini
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Tidak dinafikan bahawa pasangan Son Ye-jin dan Hyunbin sering menjadi topik utama perbualan semua.
Terbaru, satu entri berjudul ‘Hyunbin mempunyai senyuman yang sama dengan Son Ye-jin’ telah dimuat naik di satu laman komuniti di Korea baru-baru ini.
Terselit satu video ketika tayangan previu filem “Confidential Assignment 2: Insternational”, pelakon lelaki tersebut kelihatan gembira dan melemparkan senyuman yang berlainan daripada dahulu. Kata peminat, dia turut senyum menggunakan seperti dia akan cair dan ianya kelihatan sama dengan raut wajah Son Ye-jin.

Komen netizen,
Memang sama. Hyunbin tak pernah senyum seperti itu sebelum ini namun kedutan dan otot matanya nampak seiras dengan Son Ye-jin kini.
Terdapat pepatah yang mengatakan ‘Awak akan kelihatan serupa bila dilamun cinta.’ Hebatnya..
Terdahulu, Hyunbin dan Son Ye-jin berkahwin pada 31 Mac dan pada Jun, wanita itu mengumumkan bahawa dia sedang menimang cahaya mata pertama kini.
Sama padan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




