Ikuti Kami:

“Saya Pilih Keluarga” – Bakal Jadi Bapa, Hyunbin Luah Rasa Cinta Buat Son Yejin

“Saya Pilih Keluarga” – Bakal Jadi Bapa, Hyunbin Luah Rasa Cinta Buat Son Yejin

Betul lah, bila dah berkahwin, mesti akan ada perubahan pada seseorang itu. Termasuklah Hyubin!

Sedang sibuk dengan promosi filem “Confidential Assignment 2”, lelaki itu serta Yoo Hae-jin, Im Yoon-ah dan Jin Sun-kyu telah menyertai satu tembual rasmi untuk menceritakan lebih mengenai naskhah tersebut.

Kata Hyunbin,

Tak seperti filem pertama, Cheol-ryeong sekarang sudah mempunyai pengalaman di Korea Selatan dan ada muka baru menyertainya. Saya dapat bekerja dengan Daniel Henney buat pertama kali selepas 17 tahun “My Lovely Samsoon” tamat, jadi ia merupakan memori indah dapat berjumpa dan berlakon bersama setelah sekian lama.

hyunbin son yejin

Apabila ditanya apa yang membuatkan mereka berasa lebih baik, Hyunbin tanpa teragak-agak menjawab ‘keluarga’ lantas membuktikan rasa cinta yang kuat buat Son Ye-jin dan anak mereka yang bakal lahir tak lama lagi.

Manakala Yoo Hae-jin pula menjawab ‘senaman’, Yoon-ah memilih ‘Girls’ Generation’ dan Jin Sun-kyu mengatakan ‘berlari’.

Untuk pengetahuan, “Confidential Assignment 2: International” yang dibintangi Hyunbin ini membawa kisah seorang detektif dari Korea Utara, detektif dari Korea Selatan dan ejen FBI yang bergabung untuk menumpaskan orginasasi penjenayah global selain menyelesaikan kes itu untuk mencapai sasaran mereka.

hyunbin son yejin

Filem ini bakal diriliskan di panggung Korea pada 7 September nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...