Selepas lebih 2 tahun berkahwin, Son Dam-bi dan suami akhirnya akan menimang cahaya mata pertama mereka tak lama lagi!
Pada 26 September, agensi Son Dam-bi mengumumkan bahawa wanita itu sedang mengandung dan dijangka akan melahirkan anak pertamanya itu pada April 2025 nanti.
Kongsi agensi dalam satu kenyataan:
Son Dam-bi sedang menjangkakan kehidupan yang berharga. Dia dan keluarganya gembira menumpukan pada penjagaan pranatal dan akan bersalin pada April 2025.
Kami menghargai berkat anda. Terima kasih.
Untuk pengetahuan, Son Dam-bi telah berkahwin dengan bekas pemain skate laju Lee Kyou-hyuk, pada Mei 2022 yang lalu.
Tahniah buat pasangan ini!