Baru-baru ini, Jang Na-ra telah terlibat dalam satu temu bual khas selepas tamatnya drama “Good Partner” pada minggu lalu.
Selain bercakap tentang drama itu, Jang Na-ra turut bercerita tentang kehidupannya selepas berkahwin. Katanya,
Tak banyak beza sebelum dan selepas kahwin. Kehidupan harian saya stabil dan kami juga banyak bergurau. Malah, kehidupan saya lebih baik dari sebelum ini.
Malahan, wanita itu mendedahkan bahawa dia setuju untuk membintangi drama ini atas cadangan kuat dari suami,
Suami saya yang cadangkan projek ini jadi dia menganggap dirinya penyumbang utama kepada kejayaannya. Saya sebenarnya letih dari kerja sebelum ini tetapi selepas membaca skrip, suami saya dengan tegas berkata ‘Ini bukan masa untuk berehat’. Dia sangat galakkan saya membintangi drama ini.
Selain itu, Jang Na-ra turut berkongsi bahawa suaminya juga sering melawatnya di set penggambaran “Good Partner”,
Saya suka berjumpa dengannya di luar. Tetapi apabila saya panggilnya ‘Sayang!’, suami saya malu dan suruh saya berhenti.
Elele bersemut lah!