Tahniah buat pasangan Son Dam-bi dan Lee Kyu-hyuk yang telah sah berkahwin!
Pada 13 Mei, Son Dam-bi dan Lee Kyu-hyuk telah sah menjadi suami isteri di sebuah hotel di Seoul.
Dimaklumkan bahawa majlis itu diadakan secara tertutup kerana COVID-19 dan telah berlangsung dengan hanya rakan terdekat dan keluarga pasangan yang hadir.
Untuk pengetahuan, Son Dam-bi pertama kali bertemu Lee Kyu-hyuk pada tahun 2011 dalam program hiburan SBS “Kiss and Cry”. Kedua-duanya sudah berkenalan kira-kira sepuluh tahun dan mula rapat pada tahun lalu.
Semoga kekal bahagia selamanya!