Ikuti Kami:

Son Dambi & Lee Kyuhyuk Bakal Kongsi Kehidupan Selepas Berkahwin

Son Dambi & Lee Kyuhyuk Bakal Kongsi Kehidupan Selepas Berkahwin

Umum pasti sudah mengetahui khabar mengenai seorang penyanyi wanita terkenal Son Dam-bi yang akan menamatkan zaman bujangnya, bersama calon pasangannya Lee Kyu-hyuk pada Mei ini. Terbaru, mereka dikhabarkan akan menyertai sebuah program realiti SBS.

Tahun lepas, agensi Son Dam-bi telah mengesahkan bahawa artis itu sedang bercinta dengan Lee Kyu-hyuk, iaitu bekas pemain luncur kebangsaan. Kemudian pada 25 Januari lalu, Son Dam-bi telah memuat naik foto yang mengesahkan hubungan mereka.

Terbaru, Son Dam-bi dan pasangannya dikhabarkan akan menyertai program realiti di bawah SBS iaitu, “Same Bed, Dream 2 – You Are My Destiny” dimana mereka akan berkongsi mengenai rutin kehidupan seharian mereka.

son dambi

Penyanyi Son Dam-bi dan bekas atlet kebangsaan Lee Kyu-hyuk akan menyertai program realiti “You Are My Destiny” di SBS tersebut sebagai “Fateful Couple” dan akan disiarkan pada 9 Mei.

Dalam pada itu, Son Dam-bi dan Lee Kyu-hyuk merancang untuk berkongsi kisah cinta mereka berdua melalui “You Are My Destiny”, serta proses persiapan perkahwinan untuk kehidupan pengantin mereka selepas berkahwin nanti.

Penerbit program realiti “You Are My Destiny” iaitu, Kim Myung-ha berkata,

Sebagai penyanyi, pelakon, dan bekas wakil negara, kedua-duanya telah menjalani kehidupan yang sama namun berbeza dan tertarik antara satu sama lain.  Kisah cinta yang menentukan hala tuju mereka selepas ini akan berkembang selepas 10 tahun ia didedahkan. Ia akan hilang.

Pastinya program realiti terbitan SBS kali ini akan lebih mewarnai dan memberi inspirasi buat pasangan diluar sana supaya dapat membaiki beberapa aspek dalam perkahwinan kan? Jadi, jangan terlepas program realiti ini okay!

Mungkin korang boleh ambil tips untuk persiapan masa hadapan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...