Lisa BLACKPINK sekali lagi telah membuktikan kepopularitiannya seluruh dunia!
Terbaru, Lisa telah mencapai sesuatu yang mengagumkan dengan lagu B-side dalam album “Lalisa” iaitu “Money”, telah terjual lebih 1 juta unit di Amerika Syarikat.
Dengan ini, “Money” telah menjadi single solo pertama Lisa yang berjaya mempunyai kejayaan tersebut.
https://twitter.com/WORLDMUSICAWARD/status/1568661629440753664?s=20&t=IHjbP4c9oY0eOyiuQ-Z3Rw
Sekadar info, pencapaian lain Lisa untuk lagu “Money” adalah lagu tersebut berjaya duduki carta Billboard Global 200 paling lama untuk lagu solo K-Pop, lagu 2021 terlaris dijual di Amerika Syarikat iaitu sebanyak 741 ribu unit dan banyak lagi kejayaan hebat.
Kini, dengan penjualan lebih 1 juta unit, single “Money” layak menerima pensijilan Platinum di Amerika Syarikat.
Tahniah Lisa!