Ikuti Kami:

Duta Global, Lisa BLACKPINK Muncul Dalam Dokumentari BVLGARI ‘Inside The Dream’

Duta Global, Lisa BLACKPINK Muncul Dalam Dokumentari BVLGARI ‘Inside The Dream’

Peminat pasti tahu bahawa Lisa BLACKPINK merupakan duta untuk banyak jenama mewah, dan antaranya ialah BVLGARI iaitu fesyen mewah Itali.

Pada 11 September, “Inside the Dream” telah melancarkan poster dan mengemas kini maklumat pelakon yang terlibat untuk dokumentari tersebut di platform Prime Video.

Dihasilkan oleh studio Perancis, “Inside the Dream” mengikuti perjalanan untuk mencipta salah satu set barang kemas BVLGARI yang paling mahal di dunia.

bvlgari inside the dream

Apa yang menarik perhatian, Lisa BLACKPINK yang merupakan duta global untuk BVLGARI turut akan terlibat sama dalam dokumentari ini, dan namanya turut dimasukkan dalam poster tersebut.

Selain Lisa, selebriti lain yang turut tampil dalam dokumentari “In the Dream” adalah Zendaya, Lily, Priyanka, Chiara dan Lucia.

Dalam pada itu, dokumentari BVLGARI “Inside the Dream” sudah boleh ditonton di negara terpilih menerusi Prime Video.

Hebat la Lisa!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...